Monday, June 18, 2012

Friday, August 13, 2010

MENCAPAI IMPIAN KEARAH KECEMERLANGAN

Kepada saudara yang dimuliai, Setiap insan di dunia ini inginkan kejayaan serta kecemerlangan dalam diri sendiri, samada Berjaya didunia mahupun diakhirat. Yang dimuliai saudara, Kita kena sedar bahawa kita hidup di dunia ini hanyalah sementara, dimana tempat yang sebenar kepada kita semua adalah di Akhirat.

Yakinlah saudara, segala apa yamg Allah kurniakan kepada kita itu hanyalah pinjaman sementara. Tiada yang kekal.

“Tiap sesuatu di muka bumi ini akan binasa. Yang kekal hanya wajah Tuhanmu yang maha suci, maha muli.”

(Ar- Rahman 55 : 26- 27)

Saudara sekalian,

Allah beri. Allah tarik kembali. Allah beri kita harta, Allah juga menariknya kembali. Bukankah itu adat orang meminjam? Kita hanyalah meminjam harta daripada Allah SWT. Dan jikapun kita katakana bahawa kita pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah ialah suatu masa dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepada sang empunya.

Ketahuilah, hidup kita, mati kita, semua yang kita miliki, adalah milik Allah SWT.

“(Sifat orang beriman, sifat orang yang takut kepada Allah, sifat orang yang tunduk kepada Allah), ialah mereka yang bila ditimpa musibah atau bencana, (apa pun bentuk musibah dan bencana itu), mereka berkata: ‘Kita datang dari Allah, kita akan kembali kepada Allah)’.”

(Al-Baqarah 2 : 156)

KEJAYAAN TERLETAK PADA TAPAK TANGGAN SENDIRI

Tidak sukar untuk mencapai sesuatu kejayaan mahupun impian yang diinginkan, InsyaALLAH dengan adanya lima konsep dalam diri kita ini, serta dapat diamalkan dengan baik pasti kejayaan tidak jauh daripada saudara sekalian , diantaranya.:

a) Menjaga waktu solat

b) Menjaga masa makan

c) Menjaga masa tidur

d) Menjaga pergaulan

e) menjaga adab pergaulan kepada orang yang lebih tua


* Menjaga Waktu Solat

Orang yang solat bermakna dia mengingati Allah SWT. Dalam kesibukan bekerja, dia berhenti sebentar untuk mendekati Allah SWT. Semoga dengan menjaga masa solat, Allah SWT sentiasa membantu dalam menyelesaikan masalah hidup kita. Ingatlah Allah kala senang , Allah akan mengingatimu pada masa kesusahan.

* Menjaga Masa Makan

Rancang terlebih dahulu jadual seharian saudara, dengan cara ini dapat membantu mengimbangkan masa rehat serta masa bekerja saudara yang cukup. Amalkan makan sederhana dan berhenti sebelum kenyang sebagaimana yang dituntut oleh Rasulullah SAW. Jika makan terlalu kenyang boleh mendatangkan rasa malas dan mengantuk. Peringatan kepada saudari serta saudara sekalian menangguhkan makan sehingga tersangat lapar juga tidak baik untuk kesihatan kita. Oleh itu, amalkanlah dengan memakan makanan pada waktu yang sesuai serta makan makanan yang berkahsiat.

* Menjaga Masa Tidur

Penjagaan masa tidur ini adalah bermaksud tidur lebih awal supaya dapat bangun awal. Dengan ini dapat melatih diri serta mendisiplinkan diri untuk melaksanakan perintah Allah SWT iaitu melaksanakan solat Subu pada waktu yang ditetapkan. Peringatan juga bahawa jangan dibiasakan tidur berlebihan. Ini sering berlaku terutamanya waktu cuti. Banyak tidur lebih berbahaya daripada kurang tidur. Akibatnya otak serta badan akan menjadi tidak proaktif, malas dan suka membuang masa.

* Menjaga Pergaulan

Sering kita diperingatkan bahawa batas pergaulan antara lelaki dan perempuan mempunyai hat-hat perbatasan dalam pergaulan. Pandangan serius terhadap remaja, Tanpa penjagaan pergaulan dengan baik di antara lelaki dan perempuan ini boleh mendatangkan masalah serta pandangan yang negative terhadap kaum masyarakat yang melihat pada pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan tersebut. Dengan adanya adap yang sopan dapat menyelamatkan diri daripada berlakunya perkara yang tidak diinginkan.

* Menjaga adab pergaulan kepada orang yang lebih tua

“Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan” ini lah slogan bagi 1 Malaysia. Bersamaan dengan slogan ini, setiap manusia hendaklah mempunyai sifat hormat–menghomati, sayang-menyangi serta bantu-membantu sesama yang lain sama ada pada waktu susah mahupun pada waktu senang. Dengan niat yang ikhlas melakukan kerja tanpa paksaan ataupun tanpa suruhan ia pasti akan mendapat balasan yang baika daripada Allah SWT. Serta perbuatan mahupun kelakuan yang dilakukan sebagaimana bermaksud “ jika kita tidak berkira dalam setiap apa yang dilakukan, Allah SWT lagi tidak berkira dengan kita. Sebaliknya jika kita berkira dengan apa yang kita lakukan, Allah SWT lebih berkira dengan kita”.


JAGA PEMAKANAN BERMULA DARIPADA TATACARA MAKAN DAN MINUM

~ Makan buah sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

~ Jangan minum air ketika sedang makan. Minum selepas 15-30 minit sesudah makan. Bagi tegukan yang pertama, biarkan air selama 10 saat sebelum ditelan. Kemudian barulah diteruskan dengan tegukan yang kedua kerana air liur mengandungi enzim yang boleh membunuh kuman dalam perut dan pankreas yang dibawah oleh tegukan yang pertama.

~ Seeloknya makan sebelum maghrib (kecuali pada bulan puasa)


TIP-TIP KESIHATAN

~ Kawal pemakanan. Banyakkan memakan makananyang seimbang; sayur dan buah-buahan serta kurangkan makanan berlemak, berkafein dan makanan ringan.

~ Gunakan pelembab yang sesuai untuk melembabkan kulit. Semakain meningkat usia seseorang terutamanya wanita, kadar kelembapan kulit semakin berkurangan.

~ Elakkan daripada pancaran cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang kerana ia boleh mengering dan menggelapkan kulit.

~ Lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

~ Minu banyak air untuk melambatkan proses penuaan dan kekeringan kulit. Ia juga boleh

membantu proses penghadaman dan membuang toksin dalam badan.

~ Digalakkan menggambil makanan tambahan seperti vitamin.

~ Elakkan bermekap tebal terutamanya wanita kerana ia akan membuatkan seseorang wanita itu kelihatan lebih tua.

~ Sentiasa bersikap positif dan ceria serta serta bersama-sama yang tersayang untuk mengelakkan sebarang tekanan.


4 POINT KEARAH PANDANGAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

4 point menguatkan badan

I. Makan daging

II. Memakai haruman

III. Kerap membersihkan badan/mandi.

IV. Berpakaian daripada kapas

4 point melemahkan badan

I. Banyak minum air ketika makan

II. Sentiasa cemas

III. Banyak makan bahan yang masam

IV. Banyak bersetubuh

4 point menajamkan mata

I. Memandang warna hijau

II. Duduk menghadap kiblat

III. Bercelak sebelum tidur

IV. Berpakaian bersih.

4 point merosakkan mata

I. Memandang najis

II. Melihat orang dibunuh

III. Melihat kemaluan

IV. Membelakangi kiblat.

4 point menajamkan fikiran

I. Tidak banyak berbual kosong

II. Rajin bersugi (gosok gigi)

III. Bercakap dengan orang soleh

IV. Bergaul dengan para ulama.

Dengan adanya 4 paoint ini dapat membantu saudara serta saudari dalam melakukan keputusan dimana dapat membezakan perkara yang baik mahupun perkara yang buruk.

Saya pernaa membaca sepintas hadits yang mengatakan bahawa pada diri setiap orang itu terdapat segumpul daging, dimana segumpul daging tersebut mempengaruhi semua tingkah laku manusia itu sendiri, bilamana daging tersebut jelek, maka jeleklah semuanya, bila daging tersebut baik maka baiklah semuanya. Daging tersebut adalah hati. Itulah mengapa ada agama di dunia ini. Allah SWT tahu yang terbaik buat ciptaannya. Dia tahu apa-apa yang buruk bagi ciptaannya. Seperti seorang pembuat robot yang tahu akan kelemahan si robot, maka pembuat robot yang tahu akan kelemahan si robot, maka pembuat robot pasti memiliki peraturan-peraturan yang gunanya agar si robot tetap baik dan bagus. Seperti itu pula Allah yang memiliki peraturan-peraturan yang semuanya itu berguna untuk kita sendiri. Jadi tolong jangan lupakan masalah agama, tidak ada batas dalam agama islam, semua telah diatur oleh islam dari masalah buang air sampai masalah pemerintahan. Jangan batasi islam seperti yang ditiup-tiupkan oleh orang-orang JALIL. Bekali ilmu teknologi kita dengan ilmu islam, insyaAllah akan berkah dalam hidup ini. Amien...

Wednesday, July 7, 2010

Pentingnya kesihatan dalam perubatan menurut Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah bersyukur saya kepada ALLAH S.W.T kerana dapat memberikan saya peluang untuk berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ingin disampaikan pada hari ini. Saya ucapkan terima kasih khususnya buat semua pembaca yang setia, hari ini adalah hari pertama kali saya membuka Blog,dan ingin berkogsi pengalaman tentang "Pentingnya kesihatan dalam perubatan menurut islam". Saya memilih tajuk ini kerana apa yang kita lihat pada zaman sekarang kebanyakkannya masyarakat kita sekarang terlalu sibuk dengan hal pekerjaan masing-masing,sehinggakan tidak menghiraukan serta tidak menggambil berat terhadap kesihatan diri mereka sendiri.

Penjagaan Kesihatan Menurut Pandangan Perubatan dan Islam

Islam memandang berat terhadap penjagaan kesihatan ummatnya. Islam ini juga mengajar kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, “Mencegah itu lebih baik daripada berubat” sementara apabila ditimpa penyakit, maka kita disuruh untuk mengubatinya.

Kesihatan dalam perubatan

“Complete physical, mental and social well being” – Kesempurna aktiviti fizikal, mental dan sosial yang baik. Dalam tahun 1985, WHO telah menambah spiritual – rohani sebagai suatu aspek yang menggambarkan seseorang itu mempunyai kesihatan yang baik ataupun tidak.

Konsep Pencegahan di dalam Islam. “Mencegah lebih baik daripada berubat” (preventive medicine)

1. Penjagaan kebersihan diri dan persekitaran
2. Pemakanan yang seimbang
3. Perlakuan dan aktiviti fizikal – senaman
4. Hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian

Kebersihan

Kebersihan amat dititikberatkan di dalam Islam. Sebagaimana yang disebutkan di dalam Hadith “Kebersihan itu sebahagian daripada Iman” Wajib untuk kita menjaga kebersihan yang seterusnya akan mengelakkan seseorang itu daripada pelbagai jenis penyakit samada penyakit berjangkit (communicable) ataupun tidak (non communicable)

Firman Allah SWT

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.”

Dari aspek perubatan, kebersihan memainkan peranan yang cukup penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit, kebersihan yang dimaksudkan adalah meliputi kebersihan diri dan kawasan persekitaran. Diri dan persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis vektor pembawa penyakit ke kawasan tersebut.

Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan kebersihannya dan hendaklah dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan sambil lewa dalam menyediakan juadah dan hidangan untuk keluarga.

Penutup

Makluman kepada semua pembaca yang setia, ini adalah kali pertama saya Mengikuti Blog.Dimana ini adalah hanya Sekadar perkongsian biasa untuk semua warga pembaca. Selain itu, kita turut maklum penjagaan kesihatan ini adalah sangat penting dalam kehidupan seharian hidup kita. Moga sedikit sebanyak memberi manafaat buat semua.

Wallahu ‘alam

Salam perkongsian buat semua,