Wednesday, July 7, 2010

Pentingnya kesihatan dalam perubatan menurut Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah bersyukur saya kepada ALLAH S.W.T kerana dapat memberikan saya peluang untuk berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ingin disampaikan pada hari ini. Saya ucapkan terima kasih khususnya buat semua pembaca yang setia, hari ini adalah hari pertama kali saya membuka Blog,dan ingin berkogsi pengalaman tentang "Pentingnya kesihatan dalam perubatan menurut islam". Saya memilih tajuk ini kerana apa yang kita lihat pada zaman sekarang kebanyakkannya masyarakat kita sekarang terlalu sibuk dengan hal pekerjaan masing-masing,sehinggakan tidak menghiraukan serta tidak menggambil berat terhadap kesihatan diri mereka sendiri.

Penjagaan Kesihatan Menurut Pandangan Perubatan dan Islam

Islam memandang berat terhadap penjagaan kesihatan ummatnya. Islam ini juga mengajar kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, “Mencegah itu lebih baik daripada berubat” sementara apabila ditimpa penyakit, maka kita disuruh untuk mengubatinya.

Kesihatan dalam perubatan

“Complete physical, mental and social well being” – Kesempurna aktiviti fizikal, mental dan sosial yang baik. Dalam tahun 1985, WHO telah menambah spiritual – rohani sebagai suatu aspek yang menggambarkan seseorang itu mempunyai kesihatan yang baik ataupun tidak.

Konsep Pencegahan di dalam Islam. “Mencegah lebih baik daripada berubat” (preventive medicine)

1. Penjagaan kebersihan diri dan persekitaran
2. Pemakanan yang seimbang
3. Perlakuan dan aktiviti fizikal – senaman
4. Hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian

Kebersihan

Kebersihan amat dititikberatkan di dalam Islam. Sebagaimana yang disebutkan di dalam Hadith “Kebersihan itu sebahagian daripada Iman” Wajib untuk kita menjaga kebersihan yang seterusnya akan mengelakkan seseorang itu daripada pelbagai jenis penyakit samada penyakit berjangkit (communicable) ataupun tidak (non communicable)

Firman Allah SWT

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.”

Dari aspek perubatan, kebersihan memainkan peranan yang cukup penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit, kebersihan yang dimaksudkan adalah meliputi kebersihan diri dan kawasan persekitaran. Diri dan persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis vektor pembawa penyakit ke kawasan tersebut.

Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan kebersihannya dan hendaklah dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan sambil lewa dalam menyediakan juadah dan hidangan untuk keluarga.

Penutup

Makluman kepada semua pembaca yang setia, ini adalah kali pertama saya Mengikuti Blog.Dimana ini adalah hanya Sekadar perkongsian biasa untuk semua warga pembaca. Selain itu, kita turut maklum penjagaan kesihatan ini adalah sangat penting dalam kehidupan seharian hidup kita. Moga sedikit sebanyak memberi manafaat buat semua.

Wallahu ‘alam

Salam perkongsian buat semua,

1 comments:

aseng peace said...

saya setuju dengan apa yang dikatakan saudari